Tuesday, 1 November 2011

orang kata 'SUSAH' tapi AGAMA x pernah melarang.....

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
 coretan pensil patah.....
emmm...nie lah pengalaman seorang sahabat yang telah pun membina masjid.....emmm...susah nak terangkan kat mereka-mereka yang x paham......cincin manis dijari melambangkan yang kite dah di lamar oleh si jejaka tapi nape mempertikaikan status tu....apa HAK mereka ada saya MENYUSAHKAN mereka ada saya PINJAM DUIT mereka..... jawapan nya dah tentu x de kan.....tapi x pe lah Allah je tahu.....x salah pun kalau kawin awal memang ketentuuan Illahi memberi kite tanggjawab tu.....rasa bertuah plak....alhamdulillah terima kasih...saya bersyukur sangat.....

Friday, 28 October 2011

..cerita hari jumaat...kampus------->>>>zapcity

coretan pensil patah lily.......

ari nie pg driving school...seblm pg bagi tahu kat mak dg angah.....ada ke driver van suruh lilt kejutkan dia ish....apa lah x lah dah siap je call rupenya dia ada kat depan bus stop...lida cakap kat dia yang dah ada kat bawah....aduh kantoi...jap lah kalau pakai seluar boleh lah buka langkah dengan besar...huhuhu lawak je lah...sampai je kat zapcity aik bila tukar seluar ...ida jawap tadi...terpingga2 driver tu...huhuhuhu.....time nie lah nak naik angin baru sampai je kat bengkel ada sorang pak cik nie tanya awak punye latihan pagi tadi kan??? nama awak x de???........HELLO.......kerani call petang latihan saya dah tukar ya!!!!!.....nasib baik EN RAZAK  datang so dia amik lah ida belajar satu jam dengan dia pas tu nak pg jam yang ke 2 plak kena benda yang sama jugk issshhh macam mana pengurusan nie...memtanglah2 aku senyap je sesuka hati je kan.....emmmm...nasib baik sempat istifar kat dalam kete tadi....X FOKUS.... x FOKUS>......emmm tadi masa parking 3 penjuru terlanggar tiang...Aduh!!!! nape boleh terlanggar palk nie...hehehehehhe.......alhamandulillah lepas naik bukit...tapi ada lagi kesalahan yang kecil lida buat x pe......usaha lagi ok...pas tu cikgu tu ada tanya praktikal bila minggu depan lagi satu...x pe lah lida terus amik qti je terus drive pun dah ok...alhambulillah tempah tepat tarikh 3.11.2011 bersamaan hari khamis....harap2 lepas qti nie.....pas tu nak menghadap jpj lagi Ya Allah semoga Allah permudahkan lagi urusan lida....hope dapat buat yang terbaik..lida YAKIN...YAKIN...YAKIN...YAKIN.........

Thursday, 27 October 2011

PERTUNAGAN-------->>>>>PERKHAWIANAN



emmm.......sikit-sikit dulu perancangan tahun depan.....
* Tentukan hari perkahwinan

* Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan.

* Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf.

* Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak.

* Tentukan tempat kenduri dilansungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel.

* Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis

* Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan

* Pilih pengapit-pengapit anda

* Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan

* Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami

* Pilih baju untuk pengapit

* Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun

* Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai

* Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan oerhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya.

Wednesday, 12 October 2011

NAK BERJAYA KENA SUSAH DULU.............

Salam haiiiii!!!! Dah lama x mencoretkan sesuatu emmm dah nak final nie.....minggu depan start lah eeeeeee... takutnya lida Ya Allah hope lid adapt buat yang terbaik....lida boleh buat kena usaha lebih mak dg ayah sentiasa mendoakan kejayaan k.ngah kan so  buat yang TERBAIK kena yakin doa banyak2 IAllah Allah akn membantu...hafal lah apa yang patut di hafal lida boleh punye....kuatkan semagat ok kan Angah kata kat lida kena yakin dengan kemampuan diri kite kalau x dicabar bila boleh berhasil kan ala banyak masa lagi kan so kena stddyyy lah...ingat bagi kejayaan kat mak dg ayah buat diorang bangga dg kite...angah banyak bagi sokongan kat lida kan  so lida kena bt yang terbaik lah......setiap kejayaan perlu kan usaha yang gigih untuk Berjaya GOOD LUCK

Saturday, 10 September 2011

terima kasih daun keladi

dayah dan seri terima kasih sebb g sama tadi..by mummy dan dady terima kasih doakan k.ngah x pape kat sana x lupa kat tunang terima kasih taw abg bg suport kat ida nanti blh lah bawak kete abg...hahahah kalau bg lah.....

nak drive kat jalan raye ke???

                               pengalaman baru ari nie pg driving school.....


 pagi je bagun solat subuh pastu sambg tido...ngeee....pukul 8.30 pagi bangun gosok baju mandi dan lain2 siap je pukul 9.30 pg umah dayah....wow kak ida awal dah siap.....pg je kat pos pengawal mak gurd plak membebel nape pakai seluar nie....siap tanya orang luar ke???hahhahah......seblm pg tu dah bg tahu  kat my mummy dan angah....tgg driver van punye lah lama rupe2nya pg minum....uih......melampau betl lama palk tu kena tgg...tersongeh2 je datang....berdebar2 nak pg...takut lah dah lah x ingat....bak kata   dayah: 'kak ida sumpah kite x ingat apa yang diajar ari tu'. kak ida menjawab dengan penuh yakin nya....
ida: 'sama lah akak pun x ingat'.   hahahha tergelak lah duanya2 sebb x ingat....sempat amik gambar kat bus stop jap...hahahaha...sampai je an kat zapcity bukak je pintu kaca tu ternampak plak en yahya bin pit....tersemyum je dia negok anak murid yang bising dia...hahahaha....ari nie dapat cikgu baru nama nya abd razak...best giler dia ajak.....pg kat bengkel terus dia sebut mana norlida bt mansor.. ida jawap iya saya...ok awak tgg kat no 12...naik je kete dia bawak kat jalan raye.....menyempat plak ida tanya eh!! ari nie nak pg jalan besar ke??? ha;ah lah..awak kan dah ada lesen L.ok awak bawak kereta ya norlida...oooowhhh....ok....nasib baik dia ajar balik ok fist kena laraskan tempat duduk dan lain2....ya Allah takut betl lah dah lah fist time bawak kat jalan raye baru sekali kan tapi kat litar je baru.....tapi so far semuanya ok...tapi kelakar pun ada jugak nasib baik cikgu tu sporting...cikgu kata awak jg takut kena geti balance minyak dg klash..je...dah siap drive dia suruh tempah kelas plak...balik je driver nie bawak pg jalan2 pg amik driver lain...lamat plak keluar...heboh betlkan paip bocor kat belakang...bawak van laju betl mcm nak antar orang nak bersalin raso eh...sampai kat rumsis bg tahu kat mumy dg angah pas tu pg masak makan pastu terus solat....begitulah ceritanya ari nie...tapi kesian kat seri adila bt samsir x dapat belajar moto...dia dah tempah tapi nama x de?kelakar ganbar kat lesen l tu...gambar mcm print je dah lah bayar sepuluh hinggit....

Tuesday, 6 September 2011

kenangan indah bersama arwah atok......

salam  pembuka bicara....emmm....SELAMAT HARI RAYE lama x update blog...lily nak kongsi cerita....ya Allah x sangka gambar nie gambar terakhir bersama arwah atok...sedihya......arwah atok meninggal fist raye....sedihnya nak tulis......alhamdulillah masa atok sakit adik beradik mak sempat jaga...mak pun sempat jugak jaga arwah atok....3 bulan arwah atok menderita sakit...nanti lah sambung sedih nak cerita......